Salmon sushi

March 20, 2018

Image result for salmon sushi


Bahan-Bahan Utama
3 cawan beras Jepun
3 biji telur - dipukul kembang
5 keping rumpai kering
4 sudu besar minyak bijan
5 hirisan ikan salmon - disalai seketika
1 batang lobak merah
1 batang timun
2 batang sosej - direbus
Sedikit garam

Cara Penyediaan
Masak nasi dan biarkan seketika. Panaskan minyak dan goreng telur dadar kemudian hiriskan memanjang apabila sudah masak. Lobak merah dan timun dipotong memanjang. Nasi yang sudah dimasak dimasukkan ke dalam mangkuk besar dan titiskan sedikit minyak bijan dan secubit garam, kemudian gaul sehingga sebati. Ambil papan pemotong dan letakkan tikar buluh kecil ke atasnya. Kemudian letakkan sekeping rumpai laut di atas tikar buluh tadi, kemudian letakkan sedikit nasi dan lenyekkan. Kemudian susun timun, sosej, telur dan lobak merah secara rapat, gulung adunan secara perlahan-lahan. Potong saiz sushi sebesar jari. Letakkan hirisan salmon di bahagian atas dan sedia dihidangkan.

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍