Laksa Terengganu

December 26, 2017


Bahan-Bahan Utama

Untuk Kuah
6 ekor ikan selayang atau ikan sardin  
2 keping asam keping
1 biji kelapa
Lada hitam 
Bawang merah 
Garam secukup rasa 

Untuk Laksa
1 paket laksa kering / basah (tetapi jika tiada awak boleh gantikan dengan spageti)



Untuk Ulam
Tauge 
Timun (dirincik halus)
Kobis (dirincik halus)
Kacang Panjang (dipotong halus)

Cara Penyediaan 

Untuk Kuah 
Rebus ikan bersama-sama dengan asam keping dan sedikit garam. Asingkan isi ikan dan tumbuk hingga lumat dengan lada hitam dan bawang merah. Masukkan santan dan panaskan atas api. Jangan masak sampai mendidih.

Untuk Laksa
Rebus laksa atau spageti sehingga menjadi lembut. Angkat dan toskan.

Cara hidangan
Masukkan laksa dalam pinggan, tabur ulam, sambal belacan dan tuang kuah. Perahkan limau nipis. Resepi asli, kuah dimasak tidak dicampur garam. Bila hendak dimakan, barulah diletakkan garam, cili boh dan belacan. Kepada yang tidak biasa, boleh juga sediakan sambal belacan.


Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍